18 posts tagged “kapasitor”
Yesza! sungguh seronok hari ini. Sila ke http://www.kapasitor.net/weblog/post/120 untuk cerita seterusnya Kapasitor Balik Kampung di KTM merupakan satu sessi fotografi tertutup untuk rakan-rakan pentadbiran Kapasitor. Sessi itu telah mendapat tajaan akuss15 @ http://www.muhamadhanafi.net/myblog/. Beliau adalah seorang jurufoto perkahwinan dan lain-lain majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Anda boleh lihat senarai tempahanbeliau untuk tahun ini dan juga pakej-pakej menarik yang sukar didapati di tempat-tempat lain. Gambar 1: apun byk buat salah ni, cepat mintak maap! :P Gambar 2: syud gemar mengorek pipi jika ada masa terluang :P Gambar 3:ok, bersedia untuk balik kampung! (zinggof, jojo, ishk) Gambar 4: (ishk, uculr, syud, safina17, jojo) Gambar 5: apa yang sama dlm gambar ni? MULUT !! Gambar 6: perhatikan safina17 bermuka kejam Gambar 7: adik di dalam keretapi tidak tahu menahu lantas senyum. Gambar 8: ucu cuba menahan keretapi tapi kelihatan takut Gambar 9: 4 orang perempuan yang bertangan pendek (ayusherly, syud, safina17, njay) Gambar 10: uculer: ok ayu! tukar orang plak! kasi aku duduk depan Gambar 11: zinggof dan cahatomic keletihan kerana tertinggal keretapi Gambar 12: jurufoto duku sedang memerikasa kelengkapan. (ayusherly, xr, akuss15, jojo, uesman) Gambar 13: seperti biasa, menjadi sasaran lensa paparazi (xr, ayusherly, zinggof, akuss15) Gambar 14: bergaya ala-ala boyband yang sudah pupus (syud, ayusherly, safina17, njay) Gambar 15: ok, bergerak ke luar pula! Gambar 16: jurufoto mengambil gambar jurufoto mengambil gambar jurufoto mengambil gambar kami Jutaan terima kasih kepada Encik Hanafi @ Duku kerana sanggup berpeluh dan bersusah payah untuk menghadirkan diri ke sessi ini. (Nantikan cerita penuh Kapasitor Balik Kampung di KTM yang akan datang menjelang hari raya nanti insya Allah). Kemudian, majlis bertukar tempat ke KL Sentral pula di mana di sana telah menunggu cik Dayya yang ternayata tiba paling awal. Gambar 17: darthside4 tiba lewat ketika semua org sedang leka makan. Chaosdreamer sedang mendukung Daima aka Jack Jack Gambar 18: paktam8 yang mirip Black Mentor bersama... hmm... Gambar 19: chaosdreamer memangku Daima, darthside, teratak Gambar 20: berjaya mengkantoikan syud mengorek pipi, cepat2 beliau menukar posisi :P Gambar 21: melissa, njay, ezzati, cahatomic Gambar 22: Imran sempat membawa sampple kuih raya. kek coklat yang diberitakan sedap itu habis dimakan njay Jutaan terima kasih kepada yang hadir ke majlis Iftar iaitu dayya, melissa, teratak, paktam85 (& pasangan),kesuma (& rakan), safina17(& rakan), cahatomic (& rakan), uculer, njay, ishk (& pasangan), zinggof (& rakan),syud, chaosdreamer (& isteri & anak) dan darthside4 gambar-gambar diambil daripada:















Telefon aku menjerit ketika aku sedang mengemudi kenderaan beroda empat berkuasa 1000cc aku menuju ke Shah Alam. Sebagai seorang jejaka yang tidak menghiraukan keselamatan poket (manalah tahu jika ada polis sedang memerhati), terus aku melihat siapa di hujung talian.
Kalau anda rasa cerita ini tentang Talentime sekolah, maka anda tersilap. Ini adalah filem yang bercerita tentang konflik antara agama, konflik antara percintaan orang normal dan pekak & bisu, konflik persaingan pelajaran, konflik kasih sayang, konflik antara kaum dan pelbagai konflik lagi.
Kita tahu rata-rata filem Yasmin pasti akan mengundang kontroversi. Talentime adalah tidak terkecuali. Dan seperti biasa, filem-filem yang padat berisi dengan isu berat selalunya tidak mendapat tempat di hati kita. Ok, antara yang mungkin mengundang kontroversi adalah isu tidak hormat lagu kebangsaan pada bahagian awal filem ini.

Ini Mahesh yang wajar dipukul kerana pandai berlakon :p

Ini Hafiz yang bermulut ganjil semasa audition :p
Talentime juga seperti satu filem muzikal yang tidak ada tari menari seperti High School Musical mahupun Hairspray. Namun begitu, filem ini juga mendengarkan suara keramat Aizat dan Atilia. Hafiz dengan gitar di pentas bersuara Aizat. Melur bermain piano bersuara Atilia. Oh, tak lupa juga lagu nyanyian Rahat Fateh Ali Khan bertajuk Oh Re Piya. Ada sesiapa di sini yang tahu mana nak beli OST Talentime ?
Cuma, filem ini tidak ada penamat. Kalau ada pun penamatnya, maka saya tidak faham. Cerita ini berakhir selepas Hafiz dan Kahoe menyampaikan lagu mereka di pentas bersama-sama. Tidak ada pemenang untuk talentime ini. Kononnya ada 7 org finalists, tapi yang ditonjolkan cuma 3 orang sahaja. Tidak mengapa, ini filem Yasmin. Adalah sebab beliau untuk menamatkan filem itu sebegitu.
[Versi selamba]
1. Gile weh, Jaq berlakon tu! Tak de langsung scene dia menyanyi. Kali ni kasi dia chance berlakon lak. Tapi, macam tak mencabar sangat watak dia dalam Talentime ni.
2. (Melur) Pamela Chong berlakon aku rasa tak best. Nampak macam hot tapi hmmm... aku rasa tak best.
3. (Hafiz) Syafie adalah bakat. Masa dia nyanyi untuk audition talentime tu, mulut dia aku benci tengok :P. Menyesal tak salam + amek gambar dengan dia masa dia datang opis itu hari.
4. (Mahesh) Mahesh adalah lucu. Ekspresi muka dengan watak adalah sangat tepat. Ya, aku nak pukul ko jugak sebab ko pakai baju purple berkerawang yang sangat cantik.
5. Aizat & Atilia: Korang suara mantap! Aku nak beli OST Talentime! (Dah ulang 2 kali dah)
6. Harith Iskandar dan keluarga: Agak ganjil dan sofistikated. Tapi tak pe, dalam Sepet dah ada scene Harith Iskandar kejar bini dia dalam rumah pakai spender aje :P
7. Aku perasan penggunaan kenderaan-kenderaan yang aku rasa antik antaranya adalah bas sekolah yang berbentuk van tapi ganjil dan kereta cikgu warna merah yang berbentuk ganjil juga. Tak de company nak sponsor kenderaan ke? Kenapa tak nak partner dengan Proton gune kereta BLM?
8. Ok, audience masa tengok movie ni adalah ganjil juga. Diorang selalu gelak. Scene sedih pon diorang gelak. Ke aku yang bodoh tak paham scene?
9. Azean Irdawatie berlakon sebagai Embun, seorang pesakit kanser. Mak aih, real gile berlakon! Juga patut disembah!
Alhamdulillah,
semua dah selesai. Sorry lambat update pasal Majlis Ulang Tahun ke-4
Kapasitor. Tadi aku balik dan sampai aje kat rumah terus nampak
beberapa post di Komuniti tentang majlis yang berlangsung. Syawal pon
dah tunjuk sneak peek gambar-gambar sepanjang majlis tu. So, aku rasa
terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua kenapa majlis itu
berjaya dilaksanakan.
1. Abg Shamsul (Upenyu)
Mungkin
tak de siapa yang tau, tapi inilah manusia yang bersungguh-sungguh mahu
menjadikan majlis ini dijayakan. Adeyl juga bersama beliau pada
awalnya. Kalau bukan kerana Abg Shamsul, pasti majlis ulang tahun
Kapasitor ke-4 tidak akan berlaku dengan sebegitu dan sebegini. Ayuh!
Mari ramai-ramai jerit di shoutbox my.Kapasitor Abg Shamsul dan katakan: “Saya sayang Abang Shamsul! Terima kasih kerana berkorban untuk Kapasitor!”
2. Kesesuaian Tempat, Annexe roks!
2 galeri yang digunakan semasa majlis itu sebenarnya telah awal-awal
lagi dibatalkan menjadi 1 galeri saja kerana terbatas dari sudut
kewangan. Tetapi, budiman benar pengurusan Annexe, mereka dengan
selamba dan kacaknya telah sponsor satu galleri kepada Kapasitor supaya
tidak sesak. Maka, dapat 2 galleri. Thanks Pang dan Jerome. Annexe Gallery roks!
3. Kehebatan Mini-Studio Syawal dan Ossan
Korang dan team korang adalah 9th Wonder of the World. Korang dengan
selamba badaknya telah setup satu mini studio kat event Kapasitor.
Geduak btul! Tapi, next event Kapasitor aku akan pastikan korang bukak
mini-studio lagi. Korang best gile!! Happening, hensem-hensem dan
jelita-jelita, gagah perkasa dan kreatif. Perlu pujian lagi ke? Wow!
4. 2 Workshop yang informatif, Serunaifaqir dan Epri adalah super kool!
Tahukah anda Serunaifaqir memang gemar bercakap? Itu dibuktikan semasa
workshop pertama beliau yang bertajuk “Panduan Penulisan dan
Penghantaran Karya”. Aku terpaksa jeling Ucu 6 kali semata-mata nak
suruh Serunaifaqir berhenti bercakap. Hebat Khairul!
Kehadiran Epri telah menarik encik Khalid Salleh datang mencemar duli. Dan lebih menarik, workshop “terapung” pada sessi Serunaifaqir telah dipindahkan ke bawah atas nasihat pengelola workshop. Epri benar-benar mencurah ilmunya pada yang hadir. Terima kasih!
5. Persembahan yang meremang segala jenis bulu di badan
Zuraidah, Ahnep, Lya, Syud, Andrea (pengacara gua.com.my), Acan, Black
Coffee Honey, Gemala Kasturi, the Bagpiperz, Epri dan Gadis Upenyu
(macam Gadis Harimau Kumbang dalam komik) telah membuatkan bulu
tengkuk, bulu rom, bulu lengan, buluh betong dan bulu err.. err.. kami
tegak kerana terlalu hebat! Sapa ada amek video time persembahan tu?
Upload ke youtube please!
6. Pameran yang simple tapi super
Mounting board potong senget? Itulah yang membuatkan pameran Kapasitor
lain daripada yang lain malah lebih hangat daripada yang biasa! Pameran
lain pasti tidak ada mounting board yang senget. Bersyukurlah, kerana
dalam majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ini sajalah anda dapat melihat
mounting board senget dan 60 puisi terhebat daripada 3 bahasa berserta
24 hasil seni lukis dan fotografi yang terulung. Ya, tidak termasuk
video Zinggof di projektor belakang :p
7. Pasukan penganjur yang komited!
Diorang sanggup curi masa kerja semata-mata nak siapkan stage. Diorang
sanggup bazirkan masa cuti semata-mata nak potong mounting board.
Diorang sanggup tak golek-golek kat katil sambil tengok tv malam-malam
semata-mata nak datang meeting. Kalo diorang tak de, majlis ulang tahun
ke-4 Kapasitor ni mungkin dapat disambut di kedai mamak aje dan
dihiburkan oleh pelayan kedai mamak itu. Mesti korang tak nak btul tak?
Jadi, mari berterima kasih pada Team Kapasitor (admin dan moderator), upenyu, pej41, darthside4, aniegma, putri_alya, ahnep, syud, enarif, laways, ossan, ayusherly, akina, akusegan, nutsdecoco, loca, demityuh, greyorked, fadly (ada nama yg aku lupa ke? tolong taruk kat komen yer. Dah pukul 3 pagi aku tulis ni, otak dh tepu) dan teristimewa kepada njay sayang yang berada teguh di sisi walaupon demam tak kebah-kebah sampai ke hari ini. Juga terima kasih kepada orang-orang yang menderma kepada Kapasitor. Aku tak rasa aku patut announce nama korang tapi Allah tahu siapa korang. Allahlah yang balas setiap sen yang korang dermakan. Ida shazmiey, sorry tak dapat nak buat masa cuti sekolah itu hari. Next time insya Allah pasti ada lagi.
Jadi, aku ingin memohon maaf kalo ada terlebih dan terkurang. Ini adalah kali pertama Kapasitor organize majlis besar macam ni harap korang boleh maafkan keterlanjuran kami. Kalo ada sesiapa yang berkecil hati dan tak puas hati, mesej aku terus just in case kalo korang malu nak jerit kat shoutbox my.Kapasitor aku.
Aku sayang korang! Muah!
Untuk melihat gambar-gambar kemeriahan majlis ulang tahun ini, jemput klik ke pautan-pautan di bawah. Juga disertakan video ulang tahun yang diambil dari Gua.com.my
1. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2341
2. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2336
3. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2327
4. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2346
5. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2310
6. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2318
7. Video: http://www.kapasitor.net/community/post/2343 atau http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?VideoID=1560
Assalamualaikum, Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, maka dengan ini saya dengan perasaan rendah hati ingin memanggil semua orang yang mahu melibatkan diri dalam majlis bersejarah ini untuk perjumpaan kali pertama. Sila rujuk perincian yang tertera di bawah: Tempat: Rasta Taman Tun Dr. Ismail (Rasta baru sebelah Penchala Link) Masa: 9:00 - 12:00 malam Tarikh: 13 November 2009 / Khamis Person in charge: Johari Rahmad (jojo) +016 2315025 Sila rujuk pelan lokasi jika anda tidak pasti di mana Rasta Taman Tun (http://www.foodpoi.com/2008/08/azims-burger-shack-at-rasta-food-court-taman-tun-dr-ismail/) Kepada yang berminat untuk mengelola majlis ini, saya minta anda semua dapat hadir ke sessi perjumpaan pertama ini. Kelak, anda akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli-ahli semua di samping akan diterangkan tentang apa yang bakal dirancang. Jangan lupa, sila bawa kertas dan pen bersama-sama anda untuk mencatat. Jika anda sudah berkeluarga, saya minta maaf kerana mengadakan mesyuarat ini pada malam Jumaat. Harap tidak mengganggu sebarang proses menambah khalifah di muka bumi :p Jumpa anda di sana.. di sana.. di saaaanaaaa....
Assalamualaikum dan heya semua, Sempena dengan ulangtahun ke 4 penubuhan Kapasitor yang bakal menjelang pada 31 Januari 2009, kami bercadang untuk mengadakan satu majlis khas dan ingin menjemput anda semua. Antara yang akan dilakukan ketika majlis bersejarah itu nanti adalah: 1) Sessi deklamasi puisi terbuka kepada ahli Kapasitor (WAH!) 2) Pameran lukisan dan fotografi 3) Undangan khas penulis dari Malaysia dan Indonesia (Insya Allah) 4) Gerai jualan 5) Penganugerahan ahli dan karya paling popular dalam Kapasitor (And the oscar goes to..) Untuk menjayakan majlis ini, kami memerlukan beberapa orang secara sukarelauntuk menjalankan dan membantu menganjurkan majlis ini. Terbuka kepada semua namun lebih molek jika anda berada di sekitar Lembah Klang supaya kita senang berbincang dan bermesyuarat kelak. Buat masa ini, kami sedang berbincang untuk pemilihan tempat, promosi dan perbelanjaan. Untuk pemilihan tempat, beberapa tempat yang berada dalam benak kami adalah Annexe Central Market, Akademi Seni Kebangsaan atau Rumah Gapena. Dalam soal perbelanjaan, kami memerlukan sumbangan untuk kos sewa tempat, kos penganjuran dan bayaran kepada penulis dari Malaysia dan Indonesia tersebut. Dari segi promosi, saya minta kita semua terlibat dalam penganjuran majlis ini kelak. Saya minta, jika ada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya menganjurkan majlis ini nanti, boleh menghubungi saya (jojo) dengan kadar segera. PM dan shoutbox saya sentiasa terbuka untuk anda. Bagi tujuan sumbangan pula, saya akan mengumumkan derma kilat kelak insya Allah. Ayuh! Mari kita lakukan sesuatu untuk kebaikan masa depan generasi kita insya Allah.
Assalamualaikum and heya~ 1. Last night we quietly launched our new platform for musicians. We called it Kapasitor Music. For the first phase of this new platform, we are going to share videos. Unfortunately, we cant host your video here in Kapasitor. What you can do is upload your videos to any video site (eg: Youtube) and share with us the embed or html code. All videos require approval. 2. Simply click on the "Quick Post" or Dashboard > Create and you will see the shortcut. If you cant see the image above, please click this link: http://www.kapasitor.net/images/admin_kapasitor_music.jpg 4. We also added a few tips on how to improve your experience in Kapasitor. Please refer to Tips #2: Ikuti Hantaran Terbaru di Kapasitor Menggunakan Kapasitor Toolbar and Tips #1: Tambah Kapasitor dalam Blogspot Blog List Anda 5. If you haven't logged into Kapasitor for some times, you will be amazed on how we have improved our platform since your last login. For a start, let us greet you in our new Chatroom. 6. Thank you ;)




