2 posts tagged “event”
Mempunyai masa lapang pada hujung bulan Januari ini? Apa kata datang ke majlis ulangtahun Kapasitor ke-4 pada:
Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi - 6petang
Masuk: PERCUMA
Pelbagai acara menarik seperti bengkel penulisan daripada Serunaifaqir (pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis "Ruang Lengang" dari Indonesia).
Juga, terdapat pameran lukisan, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan banyak lagi.Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan diharap dapat mengambil kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ini.
Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.kapasitor.net/klik/ulangtahun/ atauhttp://www.kapasitor.net/
Assalamualaikum, Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, maka dengan ini saya dengan perasaan rendah hati ingin memanggil semua orang yang mahu melibatkan diri dalam majlis bersejarah ini untuk perjumpaan kali pertama. Sila rujuk perincian yang tertera di bawah: Tempat: Rasta Taman Tun Dr. Ismail (Rasta baru sebelah Penchala Link) Masa: 9:00 - 12:00 malam Tarikh: 13 November 2009 / Khamis Person in charge: Johari Rahmad (jojo) +016 2315025 Sila rujuk pelan lokasi jika anda tidak pasti di mana Rasta Taman Tun (http://www.foodpoi.com/2008/08/azims-burger-shack-at-rasta-food-court-taman-tun-dr-ismail/) Kepada yang berminat untuk mengelola majlis ini, saya minta anda semua dapat hadir ke sessi perjumpaan pertama ini. Kelak, anda akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli-ahli semua di samping akan diterangkan tentang apa yang bakal dirancang. Jangan lupa, sila bawa kertas dan pen bersama-sama anda untuk mencatat. Jika anda sudah berkeluarga, saya minta maaf kerana mengadakan mesyuarat ini pada malam Jumaat. Harap tidak mengganggu sebarang proses menambah khalifah di muka bumi :p Jumpa anda di sana.. di sana.. di saaaanaaaa....