Assalamualaikum, Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, maka dengan ini saya dengan perasaan rendah hati ingin memanggil semua orang yang mahu melibatkan diri dalam majlis bersejarah ini untuk perjumpaan kali pertama. Sila rujuk perincian yang tertera di bawah: Tempat: Rasta Taman Tun Dr. Ismail (Rasta baru sebelah Penchala Link) Masa: 9:00 - 12:00 malam Tarikh: 13 November 2009 / Khamis Person in charge: Johari Rahmad (jojo) +016 2315025 Sila rujuk pelan lokasi jika anda tidak pasti di mana Rasta Taman Tun (http://www.foodpoi.com/2008/08/azims-burger-shack-at-rasta-food-court-taman-tun-dr-ismail/) Kepada yang berminat untuk mengelola majlis ini, saya minta anda semua dapat hadir ke sessi perjumpaan pertama ini. Kelak, anda akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli-ahli semua di samping akan diterangkan tentang apa yang bakal dirancang. Jangan lupa, sila bawa kertas dan pen bersama-sama anda untuk mencatat. Jika anda sudah berkeluarga, saya minta maaf kerana mengadakan mesyuarat ini pada malam Jumaat. Harap tidak mengganggu sebarang proses menambah khalifah di muka bumi :p Jumpa anda di sana.. di sana.. di saaaanaaaa....
Assalamualaikum dan heya semua, Sempena dengan ulangtahun ke 4 penubuhan Kapasitor yang bakal menjelang pada 31 Januari 2009, kami bercadang untuk mengadakan satu majlis khas dan ingin menjemput anda semua. Antara yang akan dilakukan ketika majlis bersejarah itu nanti adalah: 1) Sessi deklamasi puisi terbuka kepada ahli Kapasitor (WAH!) 2) Pameran lukisan dan fotografi 3) Undangan khas penulis dari Malaysia dan Indonesia (Insya Allah) 4) Gerai jualan 5) Penganugerahan ahli dan karya paling popular dalam Kapasitor (And the oscar goes to..) Untuk menjayakan majlis ini, kami memerlukan beberapa orang secara sukarelauntuk menjalankan dan membantu menganjurkan majlis ini. Terbuka kepada semua namun lebih molek jika anda berada di sekitar Lembah Klang supaya kita senang berbincang dan bermesyuarat kelak. Buat masa ini, kami sedang berbincang untuk pemilihan tempat, promosi dan perbelanjaan. Untuk pemilihan tempat, beberapa tempat yang berada dalam benak kami adalah Annexe Central Market, Akademi Seni Kebangsaan atau Rumah Gapena. Dalam soal perbelanjaan, kami memerlukan sumbangan untuk kos sewa tempat, kos penganjuran dan bayaran kepada penulis dari Malaysia dan Indonesia tersebut. Dari segi promosi, saya minta kita semua terlibat dalam penganjuran majlis ini kelak. Saya minta, jika ada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya menganjurkan majlis ini nanti, boleh menghubungi saya (jojo) dengan kadar segera. PM dan shoutbox saya sentiasa terbuka untuk anda. Bagi tujuan sumbangan pula, saya akan mengumumkan derma kilat kelak insya Allah. Ayuh! Mari kita lakukan sesuatu untuk kebaikan masa depan generasi kita insya Allah.
Assalamualaikum and heya~ 1. Last night we quietly launched our new platform for musicians. We called it Kapasitor Music. For the first phase of this new platform, we are going to share videos. Unfortunately, we cant host your video here in Kapasitor. What you can do is upload your videos to any video site (eg: Youtube) and share with us the embed or html code. All videos require approval. 2. Simply click on the "Quick Post" or Dashboard > Create and you will see the shortcut. If you cant see the image above, please click this link: http://www.kapasitor.net/images/admin_kapasitor_music.jpg 4. We also added a few tips on how to improve your experience in Kapasitor. Please refer to Tips #2: Ikuti Hantaran Terbaru di Kapasitor Menggunakan Kapasitor Toolbar and Tips #1: Tambah Kapasitor dalam Blogspot Blog List Anda 5. If you haven't logged into Kapasitor for some times, you will be amazed on how we have improved our platform since your last login. For a start, let us greet you in our new Chatroom. 6. Thank you ;)





Alhamdulillah, So, it's confirmed already. We managed to get to the final stage and must have ourself ready for the awarding ceremony on 15th October 2008. But, I am not sure whether Kapasitor could win or not. Surely our competitiors are came from big-big companies or some other great IT projects and well funded and well organised. They will announce it during the ceremony. The Gala will be held at KL Performing Arts Center. The tentative: 7.30 pm – Registration & Networking Cocktail 8.30 pm – Awards Presentation Ceremony / Entertainment (in Auditorium, theatre style seating) 10.30 pm – After Party / Supper This year APICTA is my 3rd attempt. The first one was my FYP project. The second one was last year (the same year we won Special Mention in WSA Venice). This year we have that luck on being shortlisted and finally go for the final stage; probably because uculer is the one who nominated Kapasitor this year :p. So, I thank you Aishah Abd. Aziz for being the iron lady behind this nomination. Friends, let's pray for Kapasitor success insya-Allah;)
Salam dan hello kepada semua, Sempena Ramadhan dan politik negara yang tak menentu ini, mari kita berbuka puasa bersama-sama! Inilah peluang untuk anda berjumpa orang-orang yang selama ini memuji, mengutuk, mengkritik mahupun mengorat anda dan penulisan anda di Kapasitor! Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008 MAKANAN TIDAK DITAJA :p Tidak ada sebarang booking akan dilakukan. Tidak perlu RSVP juga. Sesiapa yang mahu hadir, sila cam wajah cahatomic , rakan adminataupun mangifera. Beliau berdua akan berada di sana untuk memeriahkan sessi pemakanan kita. Kepada rakan-rakan yang berada jauh daripada segi geografi, kami minta maaf kerana inilah tempat yang dirasakan sesuai dan terbaik untuk semua. Oleh itu, sila datang tepat pada masanya. Ingat! TIADA BOOKING untuk acara ini. Anda dinasihatkan untuk datang awal dan mengambil tempat. Untuk menambahkan nafsu makan dan kecur liur anda, di sini di letakkan gambar2 yang berkaitan dengan Rasamas KL Sentral (Gambar-gambar di ambil daripada multiply.com) (Gambar ini disedut dari http://www.ayamas.com.my/ourProducts/products_rasa.asp) Program Chit Chat Nyum Nyum ini adalah satu aktiviti oleh Kapasitor. INGAT! Janji temu kita Jumaat ini~! YA, anda harus membelanja diri anda sendiri. Terima kasih :kohkoh Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008 MAKANAN TIDAK DITAJA :p Amboi.. amboi.. amboi... p/s: Dengan ini, saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA PUASA kepada muslimin dan muslimat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh dunia. Minal aidil wal faizin
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL, KUALA LUMPUR
Masa: 5:30 PETANG
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL
Masa: 5:30 PETANG
Another good news following after my presentation for MSC APICTA 2008 at MDEC yesterday. Here are snippets taken from my email today:
